Program Rakan Kongsi HFM menawarkan pelbagai kelebihan eksklusif:
Garis panduan ini direka khas untuk anda yang aktif di media sosial, platform penstriman atau mempunyai laman web sendiri. Platform-platform ini memainkan peranan penting dalam cara anda berhubung dengan khalayak anda dan juga alat yang berkesan untuk mempromosikan jenama HFM.
Sebagai Rakan Kongsi HFM, anda membantu mengembangkan capaian jenama kami. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan kandungan yang anda siarkan mencerminkan nilai dan visi jenama kami.
Sila luangkan masa untuk membaca Garis Panduan Pemasaran & Penjenamaan kami dengan teliti. Garis Panduan ini akan membantu anda memaksimumkan usaha pemasaran dan memastikan pemasaran anda selaras dengan dasar HFM yang mematuhi keperluan kawal selia.
HFM bersikap jujur, terbuka dan telus. Kejelasan amat penting dalam komunikasi dengan pelanggan dan pemasaran mestilah bebas daripada sebarang kandungan yang mengelirukan.
Mengutamakan Pelanggan
Jutaan pedagang dari seluruh dunia telah memilih kami kerana perkhidmatan yang berfokuskan pelanggan dan boleh dipercayai. Keaslian, kejujuran dan akauntabiliti adalah teras misi kami untuk menyediakan pengalaman dagangan terbaik.
Kecemerlangan
Dengan rekod kecemerlangan lebih sedekad, kepercayaan pelanggan yang kukuh dan pelbagai anugerah, kami terus melangkah maju untuk memberikan prestasi dan hasil terbaik.
Pembaharuan
Kami percaya inovasi adalah kunci untuk membentuk masa depan. Dedikasi kami dalam mencabar kebiasaan, menerima perubahan dan menggalakkan kreativiti telah menjadikan kami peneraju berpandangan jauh dalam dunia fintech yang bergerak pantas.
Kerjasama
Kejayaan kami dibina atas rasa hormat, kepercayaan dan kerjasama bersama. Dengan memanfaatkan kemahiran antara satu sama lain, kami menikmati kejayaan bersama dan menyokong pasukan kami melangkaui peranan individu.
Untuk menyediakan pengalaman dagangan terbaik
Apabila berkongsi kandungan, adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang janji atau cadangan yang tidak realistik dan boleh mengelirukan pelanggan, terutamanya apabila melibatkan keuntungan segera atau wang mudah melalui berdagang.
Berdagang tidak menjamin keuntungan dan sebarang potensi pulangan tidak boleh digambarkan seolah-olah mudah atau konsisten.
Anda juga perlu mengelakkan sebarang gambaran bahawa seseorang boleh mencapai tahap kepakaran seperti pedagang berpengalaman atau profesional dengan serta-merta. Dagangan memerlukan masa, proses pembelajaran dan latihan yang konsisten.
Di HFM, kami percaya dalam memperkasakan pelanggan dengan alat dan pengetahuan yang betul. Oleh itu, bagi mereka yang baru dalam dagangan, kami menggalakkan mereka untuk meneroka sumber pendidikan kami dan bermula dengan akaun demo untuk membina keyakinan sebelum melabur dana sebenar.
Semasa menjalankan aktiviti pemasaran sebagai Rakan Kongsi HFM, anda perlu:
Elakkan
Pelanggan tidak seharusnya mendapat tanggapan bahawa dagangan CFD menjamin sebarang keuntungan atau pulangan pelaburan tertentu. Walau apa sahaja strategi yang digunakan, berdagang sentiasa melibatkan risiko dan hasilnya tidak boleh dijangka sepenuhnya.
Apabila membincangkan strategi atau prestasi pasaran, sentiasa nyatakan bahawa prestasi lampau bukan jaminan hasil pada masa depan dan ingatkan pengikut anda bahawa mereka berisiko kehilangan modal.
Daripada menumpukan pada keuntungan yang tidak realistik atau mudah dicapai, galakkan pelanggan untuk meluangkan masa mereka dalam pendidikan dagangan yang betul. Membina pengetahuan dan kemahiran adalah jalan terbaik untuk menjadi pedagang yang yakin dan bertanggungjawab.
Elakkan
Galakkan
Selaras dengan nilai jenama HFM, semua bahan pemasaran mestilah bebas daripada sebarang kandungan yang mengelirukan. Kenyataan hendaklah seimbang,selari dengan jenama kami dan hanya mencerminkan apa yang ditawarkan oleh HFM.
"Kandungan yang mengelirukan" bermaksud sebarang iklan, komunikasi atau bahan promosi yang melalui kenyataan palsu, pengabaian maklumat, keterlaluan, atau penyampaian yang tidak jelas, berkemungkinan mengelirukan atau menipu pengikut mengenai sifat, ciri-ciri, manfaat, risiko atau prestasi sesebuah produk atau perkhidmatan.
Elakkan
Gunakan
Elakkan pelanggaran hak cipta apabila memilih nama untuk domain, saluran dan profil media sosial anda serta apabila menggunakan istilah dan kata kunci berkaitan HFM.
Sebagai Rakan Kongsi HFM, anda bersetuju bahawa anda tidak akan:
Semasa menetapkan domain laman web anda, sila elakkan penggunaan nama jenama HFM dalam tajuk anda. Ini membantu mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanggapan bahawa laman web anda dimiliki oleh Syarikat, di samping memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap peraturan hak cipta.
Elakkan
Gunakan
Apabila menyediakan profil media sosial anda, sila elakkan penggunaan nama jenama HFM dalam nama pengguna atau tajuk halaman anda.
Ini membantu melindungi hak cipta kami dan mengelakkan sebarang kekeliruan bahawa profil anda adalah akaun rasmi syarikat.
Elakkan
Gunakan
Rakan Kongsi HFM tidak dibenarkan terlibat dalam pembinaan jenama. Ini merujuk kepada penggunaan nama jenama HFM dengan cara yang boleh bersaing dengan iklan carian berbayar syarikat sendiri sekaligus menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan.
Apabila menggunakan rangkaian iklan utama (contohnya Facebook, Google), anda dilarang menggunakan kata kunci jenama seperti HFM, HF Markets dan semua variasi nama jenama kami semasa menjalankan kempen anda.
Sebagai salah seorang rakan kongsi kami yang dihargai, kami ingin mengingatkan anda untuk sentiasa mematuhi keperluan kawal selia dan garis panduan peraturan yang dinyatakan di bawah.
Promosi anda hendaklah sentiasa jelas, adil, dan tidak mengelirukan.
Untuk memastikan ketelusan, sila pastikan semua penafian dan amaran risiko mudah dibaca di tempat yang diperlukan.
Berikut ialah Amaran Risiko yang diluluskan dan anda boleh gunakan:
Versi Penuh
Amaran Risiko: Berdagang produk berleveraj seperti Forex dan Derivatif mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia melibatkan tahap risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan mengambil kira objektif pelaburan dan tahap pengalaman anda sebelum berdagang. Jika perlu, dapatkan nasihat bebas. Sila baca Pendedahan Risiko penuh.
Versi Pendek
Amaran Risiko: Modal anda berisiko.
Sila pastikan anda tidak seharusnya memberikan nasihat kewangan, saranan, isyarat atau tips dagangan.
Sebarang maklumat yang anda kongsikan tidak boleh disampaikan dengan cara yang boleh difahami sebagai panduan pelaburan peribadi.
Elakkan
Mempromosikan
Sebarang rujukan hendaklah dibuat hanya berdasarkan Analisis Pasaran daripada pihak ketiga yang boleh dipercayai, sumber maklumat perlu dinyatakan dan menambah penafian di bawah:
Penafian: Bahan pemasaran ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat untuk dagangan instrumen kewangan. Maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi lampau bukan jaminan kepada prestasi masa depan. Pengguna mengakui bahawa berdagang produk berleveraj adalah berisiko dan mereka memikul tanggungjawab sepenuhnya atas sebarang pelaburan bersifat sedemikian.
Komunikasi ini tidak boleh dihasilkan semula atau diedarkan tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.
Segala maklumat yang anda kongsikan mengenai HFM hendaklah jelas, mudah difahami dan jujur. Ketepatan adalah penting, jadi sila semak semula bagi sebarang fakta atau angka yang anda sertakan adalah betul. Jika ragu-ragu, sentiasa rujuk kepada maklumat yang terdapat di laman web rasmi kami.
Elakkan
Gunakan
Apabila menyasarkan pelanggan, anda hendaklah sentiasa menyebut hanya produk/perkhidmatan yang tersedia untuk pelanggan di bawah HF Markets SV Ltd. Pastikan penerima anda dimaklumkan dengan jelas:
Semua trafik mestilah datang daripada sumber yang dibenarkan. HFM komited untuk mempromosikan perkhidmatannya hanya kepada pengguna yang telah memberi persetujuan untuk menerima iklan bersasar. Semua trafik dipantau dan sebarang metrik penglibatan yang dinaikkan secara palsu serta trafik berkualiti rendah akan ditandakan sebagai penipuan dan tidak sah. Pendaftaran pengguna berganda di bawah Rakan kongsi yang sama dianggap sebagai petunjuk utama trafik tidak sah.
Rakan kongsi tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti pemasaran atau pengiklanan atau menarik sebarang trafik dari mana-mana negara yang tidak menawarkan perkhidmatan HFM:*
HFM tidak menerima pelanggan dari Amerika Syarikat, Kanada, Sudan, Syria, Iran, Korea Utara, UAE, EEA, UK, Afghanistan, Australia, Belgium, Bosnia dan Herzegovina, Wilayah Lautan Hindi British, Burma, Congo (Republik), Cuba, Cyprus, Eritrea, Eswatini, Guinea, Haiti, Kosovo, Libya, Mauritius, Myanmar, Kepulauan Mariana Utara, Puerto Rico, Saint Vincent dan Grenadines, Seychelles, Sierra Leone, Sudan Selatan, Turki, Republik Turki Cyprus Utara, Vanuatu dan Yemen.
*Syarikat berhak untuk mengubah rantau geografi terhad (GEO) pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya.
Sekatan
Sumber yang dibenarkan
Semua bahan yang anda perlukan tersedia di Ruang Rakan Kongsi termasuk banner, landing page, tangkap layar dan banyak lagi. Bahan pemasaran ini hadir dalam pelbagai reka bentuk dan bahasa yang disesuaikan dengan pengikut anda.
Jika anda ingin menggunakan bahan yang berbeza, sila hubungi kami untuk mendapatkan kelulusan sebelum menggunakannya.
Memuat naik banner lebih mudah daripada yang anda fikirkan! Berikut ialah panduan langkah demi langkah mudah untuk membantu anda menggunakannya:
Langkah 1:
Log masuk ke akaun anda dan pergi ke Bahan Pemasaran di bahagian bawah Rakan Kongsi.
Di sana, anda boleh melihat dan memilih daripada semua bahan pemasaran yang telah diluluskan.
Langkah 2:
Mahu kongsikan di media sosial?
Pergi ke Bahan Pemasaran, pilih Bahan Pemasaran Atas Talian, kemudian Banner Media Sosial.
Klik platform media sosial anda berkongsi banner pilihan anda.
Pastikan anda telah log masuk ke akaun yang ingin anda gunakan untuk membuat hantaran dan banner tersebut akan disiarkan secara automatik di halaman media sosial anda.
Kemudian klik "Dapatkan Kod Banner" untuk menyalin dan menampalnya di tempat yang diperlukan.
Anda boleh mendapatkan logo HFM bersama bahan pemasaran lain di Ruang Rakan Kongsi anda.
Kami telah menetapkan penggunaan logo dan variasinya mengikut garis panduan tertentu. Oleh itu, logo tersebut tidak boleh diubah dalam apa jua bentuk.
Bagi memastikan penjenamaan kami kekal konsisten, sila rujuk contoh yang disediakan untuk penggunaan yang betul dan perkara yang perlu dielakkan.
LOGO HFM VERSI HITAM
LOGO HFM VERSI PUTIH
LOGO HFM HITAM SATU WARNA
LOGO HFM PUTIH SATU WARNA
Apabila mempromosikan HFM, sila gunakan warna berikut:
HEX #FFFFFF
RGB 255 255 255
CMYK 0 0 0 0
HEX #000000
RGB 0 0 0
CMYK 0 0 0 100
PANTONE BLACK C
HEX #CD0511
RGB 205 5 17
CMYK 0 100 100 10
PANTONE 485C
Roboto Flex
Roboto Flex Light
20 pt
Roboto Flex Regular
24 pt
Roboto Flex Medium
30 pt
Roboto Flex Bold
36 pt
HFM adalah satu perkataan.
Pastikan'H', 'F' dan 'M' sentiasa ditulis dengan huruf besar.
Perundangan: HFM ialah nama jenama bersatu bagi Kumpulan HF Markets yang merangkumi entiti berlesen di seluruh dunia. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan HF Markets.
Amaran Risiko: Berdagang produk berleveraj seperti Forex dan CFD mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia melibatkan tahap risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan mengambil kira objektif pelaburan dan tahap pengalaman anda sebelum berdagang. Dapatkan nasihat bebas jika perlu.
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja. Kandungan dalam komunikasi ini tidak mengandungi dan tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat pelaburan, saranan pelaburan atau ajakan untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Kami tidak membuat sebarang jaminan dan tidak menanggung sebarang liabiliti terhadap ketepatan atau kelengkapan maklumat yang diberikan. Kami juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang disediakan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami terlebih dahulu.
Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada Rakan Kongsi berpotensi dan sedia ada. Sila hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Rakan Kongsi HFM yang diiktiraf dengan pelbagai anugerah.
Pasukan kami sentiasa bersedia menyokong setiap langkah anda!